McD diboikot Bersebab.

Thursday, June 14, 2012
Isu boycott McD telah disalah faham sebagai:

1. Boycott yahudi
2. Mengharamkan apa yang halal
3. Banyak lagi benda haram yang diambil oleh umat Islam (termasuklah makan roti telur dari telur yg tidak dicuci).

Bukan rakan-rakan semua. Boikot adalah kerana:

1. Syarikat-syarikat ini sokong Israel (dan ada bukti). McD sudah menyumbang selama 30 tahun kpd Israel dan dapat anugerah 'Friends of Israel'. Jadi boikot McD bukan sbb yahudi tapi sokong zionis/Israel. Makna kalau syarikat orang Islam pun yang sokong Israel akan jadi sasaran boikot juga. 

Sbb itu tiada seruan boikot ke atas Burger King, A&W, Pizza Hut dll sebab kalaupun syarikat ini milik orang yahudi tidak ada bukti mereka menyumbang kpd Israel. Tidak semua yahudi menyokong Israel bahkan ada organisasi yahudi yang sokong perjuangan Palestin (cth Naturikarta di UK).
Dan ramai orang yahudi yang masuk Islam termasuk tokoh-tokoh spt Muhammad assad yg terkenal itu. (ini bukan seruan perkauman)

2. Ini bukan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah. Ini bukan haram dario sudut syara'. Ini untuk menyatakan solidariti kita sebagai umat Islam di Palestin.


3. Soal status makanan halal atau tidak itu adalah berkaitan hukum syara'. Sedangkan seruan kita adalah tuntutan jihad. Jihad memerlukan pengorbanan harta dan jiwa raga. apa yang dituntut hanya mengorbankan selera pada suatu produk yg jelas sokong Israel dari sudut kewangan. Tidak lebih dari itu.

Berikut ialah seruan Syeikh Tantawi - Ulama Azhar atas seruan Boikot





Sumber: Presiden AQSA SYARIF Dr. Hafidzi Mohd Noor

2 kuman:):

Anonymous at: September 16, 2012 at 10:15 PM said...

Thanks for share,, Mohon share..

JOM Kurus at: November 20, 2012 at 12:37 PM said...

Setiap apa yang diperjuangkan haruslah diresapkan dalam hati agar apa saja tindakan kita sentiasa terpandu pada jalan Allah.

Tindakan harus dilakukan melalui kesedaran dan keinsafan. Semangat dan emosi biasanya akan bermusim, tetapi jika kesedaran yang timbul dari hati, ianya akan terus sebati di dalam jiwa.

Seruan boikot merupakan satu inisiatif menyatakan prihatin umat Islam atas isu kemanusiaan yang melibatkan umat Islam di palestin. Menyertai kempen boikot ini salah satu sumbangan yang baik untuk kesan diri sendiri dan juga komuniti umat Islam.

Semoga apa jua usaha terhadap simpati kita kepada sudut kemusiaan khususnya di Palestin ini mendapat prihatin Allah dan kita jua akan beroleh rahmat, InsyaAllah.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...