Terpaksa tapi Tenang.

Saturday, December 29, 2012

Assalamualaikum! Hi adik kakak comel :)

Saya, semalam hari Jumaat tanggal 28 hb 12, 2012 ke Masjid IIUM K. Alhamdulillah, for the first time, saya SOLAT JUMAAT. Hehe. Sangat tenang.

Sebelum azan dilaungkan, semua bersedia. Ada yang solat sunat, ada yang tadabbur al Quran, ada yang baring merehatkan diri dan ada juga yang sibuk dengan laptopnya. Tapi semuanya mencurah curah mendapat rahmat Allah, Insha Allah. 

Kerana berada di rumahNya, dengan niat iktikaf Allah akan mencurahkan rahmat pahalaNya.

Sangat tenang.

Tiba untuk rukun pertama Solat Jumaat, Khutbah. Simple and nice. Didengarkan ayat ayat Allah, di pujuk dengan syurgaNya, di basuh hati dengan peringatan yang nyata. Tenang.

Saat dua rakaat solat ditunaikan. 
Alhamdulillah. Berjaya tunaikan solat Jumaat ^^

Kerana Kita Istimewa

Friday, December 21, 2012
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.r.t :)



Alhamdulillah, hari ini masih hidup, masih diberi pinjam oxygen oleh pencinta yang Maha Baik. Alhamdulillah juga, aku berjaya mencoret di laman yang berbulan bulan ditinggalkan tersadai. *hoho*


Alhamdulillah


Alhamdulillah juga, (banyak alhamdulillah ye) semalam Allah masih lapangkan dada dan hati untuk menjejak kaki ke sebuah taman syurga dunia, usrah :) Aku percaya (sangat percaya) orang yang berada dalam bulatan syurga dunia itu pasti merasakan kemanisannya. 

Tambahan jika keberadaan itu kerana Allah, pasti sangat manis bukan? :) Malah, kita lakukakan apa sahaja jika kerana Allah, semua terasa manis. 

Tapi...

Masalah kita sekarang, belum melakukan (sebarang bentuk kebaikan) tapi sudah berkonklusi macam macam. Hingga tanpa kita sedar, kita sering melarikan diri daripada hidayah dan taufiq yang selalu terinjut injut mengejar.

Sangat rugi bukan? 

Bila di akhirat nanti, saat perhitungan Allah tiba, kita pasti akan menjadi orang yang paling rugi dan paling menyesal sedangkan pada hari itu tiada lagi berguna segala penyesalan dan air mata.



Teringat ayat yang ditadabbur semalam, 



".. orang yang akan memasuki api yang sangat besar (neraka), kemudian tiada pula dia mati dan tidak pula dia hidup." 
(Al A'la 87: 12-13)



Jika kita menghadapi ujian, atau perasaan payah atau sedih dan sebagainya, kita yakin semua itu akan berlalu bukan? 
pasti segala kedukaan itu berlalu kerana kita tahu di dunia ini ada pasang surutnya. Lepas hujan, pelangi akan muncul. 

Tapi, Allah sifatkan di neraka, penderitaan dan seksaan itu tiada berakhir. Tiada hidup dan tiada mati, tapi seksaan yang akan berulang ulang dan tiada pengakhiran. Bayangkan. 



Sangat sakit. Sangat menggerunkan. 



Namun, disaat kita mengetahui kebenaran itu. Kita tahu, hakikat itu pasti akan terjadi. Dan kita akui, kehidupan kita di dunia bukan selamanya.



"Dan bagi setiap umat itu pasti ada ajal. Maka apabila datangnya ajal itu, tidak akan dilewatkan dan diawalkan walau sesaat." 
(Al A'raf 7:34)



Dan kita tahu, segala amal, segala kejahatan dan kebodohan kita melakukakan perkara yang dilarang oleh yang Maha Agung, 
kita tahu segala maksiat dan zina yang kita lakukan,
kita tahu segala niat buruk dan jijik kita, 
segala nafsu amarah dan lawwamah kita, 
segala kemalasan dan dalih kita dalam melaksanakan amanah dari yang Maha Kuasa, ..
pasti pasti dan pasti akan dihisab. 
Akan dihitung dan akan di beri pembalasan. 

pada hari itu, segala kecantikan yang dibanggakan didunia, segala harta yang melambak, mak ayah suami isteri bukan lagi boleh jadi penolong selain amal. Amal. Itu sahaja yang boleh menolong kita untuk melepaskan diri dari nerakaNya.



"..Maka dia akan berteriak 'Calakalah aku!' Dan dia akan dimasukkan kedalam api yang menyala nyala (neraka)." 
(Al Insyiqaq 84:11,12) 



"..Maka sampaikanlah kepada mereka azab yang pedih, kecuali orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka akan mendapat pahala yang tidak putus putus." 
(Al Insyiqaq 84:24,25)


Allah... 


Tapi aku ini, masih suka. Suka, bergembira dengan segala keseronokan dunia yang semakin ditegok, semakin dahaga. Yang tidak akan ada kepuasan. Betapa bodoh dan  hinanya manusia :(



"Sedangkan kamu memilih kehidupan dunia. padahal kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal." 
(Al A'la 87:16,17)



:(



Di akhirat kelak, terdapat sekelompok manusia yang bersuka ria, gembira tertawa sana sini, sangat beruntung golongan itu. Dibelek belek kitab peninggalan agung ini, banyak berlambak ayat ayat yang memujuk kita. 

Ya.

Allah memujuk kita, supaya tidak lalai. Supaya sedar bahawa kamu manusia tidak selama lamanya di dunia. Dan bahawa penderitaan kamu kelak, pengorbanan kamu ini pasti akan dibalas dengan nikmat yang berganda ganda. 

Subhanallah..

"Sesungguhnya orang orang yang berbakti benar benar berada dalam syurga yang penuh kenikmatan. Mereka duduk di atas dipan dipan melepaskan pandangan. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka, kesenangan hidup yang penuh kenikmatan." 
(Al Muthaffifin 83:22,23,24)



"Sungguh, orang orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan, mereka akan mendapat syurga yang mengalir dibawahnya sungai sungai, itulah kemenangan yang agung." 
(Al Buruj 85:11)





Wahai hati hati yang dipilih masuk kedalam rahmat Allah, 
hati hati yang dipilih menerima hidayah petunjuknya, 
hati hati yang dirindui oleh Rabbnya, 
waktu kita semakin dekat. 
Waktu berjumpa denganNya semakin dekat. 

Alangkah malunya diri disaat perjumpaan yang sepatutnya menjadi perjumpaan yang paling menggembirakan kita kotori dengan dosa dosa kita. Alangkah malunya diri ini di saat menghadap Rabb, diri dipenuhi dengan dosa. 



Kita, manusia yang sangat istimewa.

Kita, disebalik berjuta juta manusia kita yang terpilih untuk berada dalam jalan Islam ini. 

Jom! Kita menghargai keistimewaan ini. 
JOM! Kita gesa diri kita untuk menjadi hamba yang mengabdi diri sepenuhnya kepada Tuhan yang Maha Tinggi. 
JOM! Langkahkan kaki kita, menuju perubahan. 
Sebuah perubahan yang memungkinkan dan mampastikan kita, bahawa SYURGA itu milik kita. 



*Allahumma solli ala Muhammad*

Wahai Nabiku Muhammad, kami harapkan shafaatmu disana :(

*Belek belek Kitab peninggalan, tersedak. Terheret. Untuk menjadi hamba yang berkelakuan seperti hamba*

Seruan terhadap diri sendiri dan sahabat yang membaca, JOM KITA JADI HAMBA YANG BERSIFAT HAMBA! :)

Wassalam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...